Khamis, 16 Oktober 2014

AMALI 3


1. MEMAHAMI TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS


A. Mendefiniti pertolongan cemas

Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital.

B. Menerangkan tujuan pertolongan cemas

  1. Menyelamatakan nyawa
  2. Mengurangkan kesakitan
  3. Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk
  4. Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital.

C. Mengetahui kegunaan ubat-ubatan dan peralatan di dalam peti pertolongan cemas


Picture


      






2. MEMAHAMI STRUKTUR BADAN MANUSIA


A. Menerangkan struktur badan manusia

Jantung merupakan antara organ yang paling penting dalam badan manusia. Jantung juga adalah organ yang tidak pernah berhenti berdenyup dalam menjalankan tugas mengepam darah ke seluruh badan.


Struktur jantung manusia





B. Menerangkan sistem peredaran darah manusia


Salur darah manusia arteri vena dan kapilari


Terdapat 3 jenis salur darah yang ada dalam badan manusia, iaitu kapilari, arteri dan vena

KAPILARI
Kapirlari adalah salur darah yang paling kecil. Salur darah ini sangat nipis, dan ini membenarkan berlakunya pertukaran bahan-bahan antara darah dan badan.

ARTERI
Arteri adalah salur darah yang tebal dan membawa darah keluar dari jantung. Kenapa perlu tebal? Sebab tekanan tinggi diperlukan untuk mengepam darah ke seluruh badan. Kalau nipis, mungkin salur akan pecah akibat tak mampu menanggung tekanan tersebut.

VENA
Vena adalah salur darah yang membawa darah ke jantung. Uniknya vena, kerana ia nya mempunyai struktur "penghalang" disebut sebagai injap. Injap akan menghalang darah tidak beroksigen daripada berpatah balik dan bercampur dengan darah yang beroksigen.

cara mudah hafal Sistem peredaran darah dalam badan manusia




3. MENGHURAIKAN STRUKTUR BADAN MANUSIA


A. Menerangkan kecederaan elektrik

Renjatan elektrik berlaku apabila seseorang tersentuh/terdedah kepada punca elektrik. Arus elektrik yang melalui tubuh badan (badan manusia adalah pengalir elektrik) berpotensi menyebabkan individu itu mengalami kecederaan pada bahagian yang tersentuh (thermal burns), berlakunya kecederaan   dalaman pada otot atau organ dan gangguan pada degupan jantung yang boleh.(cardiogenic shock).

Seseorang yang terkena petir pula boleh ditakrifkan sebagai terkena percikan elektrik berkuasa tinggi dalam masa sangat singkat. Dari segi fiziknya, kesan percikan petir tidak boleh dibandingkan dengan tenaga elektrik yang dijanakan untuk kegunaan rumah atau industri. Dari itu, perbincangan mengenai kedua-dua tajuk ini akan ditumpukan kepada kesan dari sudut perubatannya sahaja.

B. Membezakan antara luka dan pendarahan










4. MEMAHAMI CARDIOPULMONARY RESUSCITATION (CPR)

A. Menentukan langkah-langkah CPR

Resusitasi kardiopulmonari (CPR) yang awal adalah penghubung penting di dalam kitar mandiri kepada mangsa jantung terhenti atau pernafasan terhenti.  CPR termasuklah pernafasan bantuan mulut ke mulut (ataupun pernafasan bantuan dengan cara lain) dan tekanan dada.  Dengan cara ini darah yang mengandungi oksigen akan terus mengalir ke otak dan organ-organ penting hingga rawatan perubatan sewajarnya tiba untuk memulihkan jantung.

CPR merangkumi tiga kemahiran penyelamat asas: saluran pernafasan, pernafasan dan edaran darah (ataupun disebutkan ABCs of CPR:  Airway,  Breathing and Circulation).

1.SALURAN PERNAFASAN
2.PERNAFASAN 
3.EDARAN DARAH

SALURAN PERNAFASAN (AIRWAY)
Tindakan utama untuk kejayaan resusitasi ialah membuka saluran pernafasan serta merta dengan membetulkan posisi kepala mangsa.  Perlu dinigat bahawa bahagian belakang lidah dan epiglotis selalu menghalang saluran pernafasan mangsa yang tidak sedarkan diri.   Oleh kerana lidak dan epiglotis tercantum dibahagian bawah rahang, dengan cara mendongakkan kepala ke belakang dan mengangkat dagu keatas, anda boleh mengangkat lidah dan epiglotis daripada bahagian belakang tekak.  Ini biasanya membuka saluran pernafasan.



PERNAFASAN (Breathing)
Apabila Pernafasan Terhenti badan kita hanya mempunyai oksigen yang masih ada dalam paur-paru dan darah.  Oleh sebab itu apabila pernafasan terhenti, jantung akan terhenti dan mangsa akan mati sejurus selepas itu.  Bantuan pernafasan mulut kemulut adalah cara yang tercepat  untuk menyampaikan oksigen ke paru-paru mangsa.  Udara yang anda  hembus mengandongi cukup oksigen untuk sekurang-kurangnya  menampung sebahagian daripada keperluan mangsa.  Pernafasan bantuan perlu diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas sendiri atau sehingga para profesional terlatih tiba.


*sekiranya mangsa tidak sedar tetapi bernafas dan tiada tanda-tanda trauma, anda perlu meletakkan mangsa mengiring dalam posisi pemulihan.
* Jika jantung mangsa masih berdenyut, anda perlu
  • pastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka dan
  • beri pernafasan bantuan

    *Jika jantung mangsa tidak berdenyut beri tekanan dada.





    EDARAN DARAH (CIRCULATION)
    Tekanan dada mengekalkan edaran darah ke paru-paru, otak, arteri koronari, dan organ-organ penting yang lain.  Apabila tekanan dadda dijalankan pernafasan bantuan mulut ke mulut juga patut dilakukan bersama

    Jika mangsa mula bernafas dan nadinya kembali semasa atau selepas resusitasi, anda perlu meletakkan mangsa dalam posisi pemulihan.



    B. Melakukan demonstrasi CPR
         ( CARDIOPULMONARY RESUSCITATION )


    cpr Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)

    openairway.gif (3271 bytes)




    Langkah-langkah Pertolongan Cemas Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)

    1. POSISIKAN TANGAN ANDA.  Pastikan mangsa berbaring pada permukaan yang kukuh.  Duduk bersimpuh di sisi mangsa dan letakkan tapak tangan anda pada tengah-tengah dada mangsa.
    2. SELANG-SELIKAN JARI.  Dengan memastikan lengan anda lurus, tekup tangan anda tadi dengan tangan tapak tangan anda yang sebelah lagi dan selang-selikan genggaman jari.
    3. BUAT MAMPATAN DADA.  Bangun dan condong sedikit ke depan dengan bahu anda berada tegak dengan dada mangsa dan tekan  ke bawah lebih kurang 4 hingga 5 cm.  Lepaskan tekanan (tangan masih pada dada mangsa) dan biar dadanya kembali naik ke atas.  Ulang sebanyak 30 kali dengan kadar 100 kali seminit.
    4. BUKA LALUAN UDARA.  Bergerak sedikit kepada kepala mangsa.  Dongakkan kepala mangsa dan angkat dagunya untuk membuka laluan udara semula.  Biarkan mulut mangsa ternganga sedikit.
    5. BERI PERNAFASAN PENYELAMATAN.  Picit hidung mangsa agar lubang hidungnya tertutup dengan yang pada dahi mangsa dan  pegang dagu mangsa dengan tangan anda sebelah lagi.  Tarik nafas seperti biasa, letakkan mulut anda pada mulut mangsa dan hembuskan sehingga anda nampak dadanya ternaik.
    6. LIHAT DADA MANGSA TURUN.  Alihkan mulut anda dari mulut mangsa dan lihat dada mangsa turun.  Ulang pernafasan penyelamatan ini (iaitu langkah 5 dan 6) sebanyak 2 kali.
    7. ULANG MAMPATAN DADA DAN PERNAFASAN PENYELAMATAN.  Letakkan tangan anda pada dada semula dan ulang buat mampatan dada.  Buat 30 mampatan dada diikuti 2 pernafasan penyelamatan.  Ulang kitar ini sehingga bantuan tiba.